

Pada 7 Nov yang lalu, Syukri dan Ida telah berjaya mendapatkan rumah mereka di Kewdale berdekatan dengan Australian Islamic College (AIC). Untuk memudahkan perpindahan mereka dari rumah Man Cyam itu, kami telah menyewa "ntah apa ntah namanya" yang ditarik menggunakan kereta
sport warna merahku.. Tengok tu, memang tidak syak lagi kereta itu lebih baik dari kereta pak-pak arab di UUM.. hahaha..
Dari apa yang saya lihat, kehidupan di Perth ini banyak yang dibuat sendiri berbanding diupah. Ini kerana, bayaran upah adalah sangat mahal di sini menyebabkan penduduk terdorong untuk melakukan kerja-kerja tertentu sendiri (Do It Yourself). Ini termasuk memotong rumput, pindah rumah, membaiki rumah, membaiki kereta dan sebagainya. Dari segi peralatan, sangat mudah untuk didapati dan murah pula. Contohnya ialah seperti Bunning Warehouse. Di situ anda boleh mendapati segala macam
tools dan apa sahaja peralatan pertukangan. Apa sahaja yang ada di rumah anda, pasti alat gantinya boleh dicari di situ. Cuma yang tinggal ialah samada anda rajin atau tidak untuk membuatnya.
5 comments:
tak habih2 nak compare kereta hang ngn kereta pak arab..huhuhu..itu br namanya 'kereta sport merahku gagah' berlari..huahuahua
hehhehe, benda keta merah tu namanya trailer.. kami kt sini share duit beli 1 brand new.. senang org2 nak pindah..
Ooo.. trailer... baru eden tau..
????..beli???..???!!!!..damnnnnn...
yup, we bought it.. whats so funny..?
we need it here..
Post a Comment