Sunday, March 29, 2009

Cycling

Hobi terbaru saya di sini ialah menunggang basikal. Ketika membuat PhD ni adakalanya saya sangat tertekan.. terutama apabila akan bertemu Svs untuk melaporkan kemajuan penyelidikan.
Jadi saya membuat keputusan untuk menjadikan hobi berbasikal sebagai cara melepaskan tekanan. Dulu semasa bersekolah, saya berbasikal setiap hari untuk ke sekolah yang jauhnya sekitar 12km dari Tasek ke Jalan Hospital. Kenangan2 lama berbasikal bersama rakan2 masih segar di ingatan.

Saya bersama housemate telah ke Sunday Market Belmont Forum pada pagi tadi untuk mencari basikal2 kami. Saya memilih basikal Giant Sedona AX terpakai berharga AUD80. Untuk spec penuh dan harga pasaran, sila ke laman web Giant. Keadaan masih baik dan saya sangat berpuas hati dengan pembelian ini.



Saya juga telah membeli bicycle carrier untuk memudahkan kami mengangkut basikal2 kami.





Beberapa peralatan yang akan dibeli selepas ini ialah seperti glove, cermin mata, lock dan botol minuman. Untuk makluman, berbasikal di Perth adalah selamat berbanding di Malaysia dengan lorong khas untuk penunggang basikal disediakan di hampir kebanyakan tempat. Selain itu, penunggang basikal diberi keutamaan oleh pemandu2 kenderaan besar sama seperti pejalan kaki. Penunggang basikal juga diwajibkan memakai helmet dan kasut untuk keselamatan ketika menunggang.






Dan selepas ini, maka bermulalah penjelajahan kami di bumi Perth ini bersama basikal2 kami yang dikenali sebagai Belum - Le Tua D Perth..