Oleh kerana sudah tiba masa untuk kereta saya diselenggara atau diservis, maka saya telah membuat keputusan untuk melakukannya sendiri. Saya telah ke Super Cheap di Albany Hwy untuk mendapatkan spare-part dan tools yg diperlukan.
Jadi, kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menukar minyak enjin dan oil filter sendiri. Selain itu juga, oleh kerana kereta buruk saya ini perlu dicat di bahagian belakang body, maka saya juga telah melakukannya sendiri. Walaupun tidak sebaik kualiti cat di kedai, tapi saya, saya berpuas hati dengan hasilnya.. masih perlu di touch-up... color lari sedikit... huhuhu..
Saya juga bercadang untuk membawa balik tools untuk mini workshop saya kelak. Ini termasuk air compressor untuk kegunaan mencuci, degreaser dan mengecat, auto tools, air impack wrench, air spray gun, body work kit, jack, car ramp dan lain2..