Friday, November 28, 2008

Driving License Translation


Kepada yang datang ke WA terutama untuk belajar, anda tidak perlu risau tentang lesen memandu anda. Anda boleh menggunakan lesen memandu Malaysia yang sah untuk memandu kereta di sini tetapi anda perlu membuat terjemahan kepada lesen tersebut. Terjemahan boleh dibuat di Pejabat Konsulat Malaysia di Adelaide Terrace, Perth dengan bayaran AUD4 dan mengambil masa 4 hari untuk siap..


Me and Chareen New House





Akhirnya semalam saya telah mendapat rumah untuk disewa setelah beberapa permohonan sebelum ini ditolak. Segala urusan berkaitan seperti pembayaran bond, dan 2 weeks rent in advance telah diselesaikan semalam. Kunci akan diterima Isnin 1 Dec 2008. Satu yang best ialah rumah ini akan mendapat karpet baru untuk keseluruhan rumah.. yes!

Thursday, November 27, 2008

YES.. YES

Alhamdulillah, meeting dengan SV hari ni menyebelahi saya... Saya telah menjumpai direction untuk artikel saya.. dan mungkin juga direction untuk kerja2 PHD saya..

Universal Accessability ialah konsep yang akan saya tekankan. Edwards (1997) and Busby (1997) argued that disabled people are usually left behind the scene and research focused on the needs of people with disabilities got minority interest since disabled people represent a minority of the population. We can see that in a university, there are only a few disabled students but they also have their right to gain equal access to information, knowledge, education and employment (Drigas, 2006). Argumen saya pula ialah "... current e-learning systems are inadequate to be used by people with disabilities...". Untuk pengetahuan, telah ada akta yang dinamakan Universal Accessibility Act tetapi sejauh mana penguatkuasaannya, akan menjadi salah satu RQ dalam kajian saya nanti... INSYAALLAH..

Amacam? Ok tak?

Wednesday, November 26, 2008

My paper direction..

We learn as much from sorrow as from joy
as much from illness as from health,
from handicap as from advantage
and indeed perhaps more.
Pearl S Buck

Tuesday, November 25, 2008

Malaysian Family Day 2008


Pada 22 Nov 2008 bertempat di Burswood Park, Consulate General of Malaysia, Perth telah menganjurkan Malaysian Family Day 2008. Kalau tidak silap saya ialah yang pertama kalinya!

Fishing Time


Musim summer adalah musim yang sesuai untuk aktiviti memancing. Pada 22 Nov yang lalu saya berkesempatan memancing di Woodman Point, South Fremantle bersama Man Cyam dan Abg Mi Ganu. Ikan yang mudah dipancing ialah ikan tamban dengan purata panjangnya ialah 18cm setiap ekor. Umpan ialah dedak ayam. Waktu menangkap ialah lewat petang (waktu Maghrib).


Thursday, November 20, 2008

What is the direction of your article?


Pagi tadi perjumpaan minggu dengan sv berjalan seperti biasa tetapi tanpa kehadiran co-sv kerana menghadiri mesyuarat. Apa yang saya persembahkan ialah mind map di atas yang akan saya gunakan sebagai asas penulisan artikel untuk dihantar ke persidangan CSEDU'09 http://www.csedu.org/.
Dipendekkan cerita, sv saya minta saya memikirkan direction of my article. Tak kan nak tulis article review untuk papers yang saya baca begitu sahaja. Mesti ada argument atau sesuatu yang perlu diketengahkan supaya ianya menjadi lebih catchy. Antara yang saya cadangkan ialah Say NO to rich features Mobile Application! Argumentnya ialah kerana limitation of mobile device itself such as screen size, processing power, memory, input mechanism etc but yet there are so many rich features mobile application out there currently being investigated (mostly by universities). TETAPI dengan selambanya sv kata don't be so controversional!! People will say, Who are you?? KEDEBUSHH..
So, 2 or 3 hari ni aku punya agenda ialah untuk memikirkan safe argument for my paper... Any idea?

Monday, November 17, 2008

Good Luck


Pada 15 Nov yang lalu, pelajar2 saya di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam telah menduduki peperiksaan akhir tahun mereka. Saya doakan semoga mereka berjaya dalam peperiksaan tersebut..

Shopping di Eshade Frementle


Pasa 15 Nov yang lalu, saya telah melawat Frementle iaitu terkenal sebagai sebuah kawasan pelabuhan. Di sana, saya mencari ole-ole untuk dibawa balik ke Malaysia pada 2 Dec nanti. 2 tempat yang saya lawati ialah Eshade bersebelahan stesyen keretapi dan Frementle Market.

House Booking

Pada 14 Nov yang lalu, saya telah menghantar booking form untuk sebuah town house 3 bilik di Coolbellup surburb kira2 5km dari Murdoch University. Lokasi strategik berdekatan dengan kedai IGA dan beberapa puluh meter sahaja dari perhentian bas. Sewa adalah AUD300 seminggu. Untuk menyewa rumah di sini, anda perlu mencari (search) dulu rumah2 yang dikehendaki mengikut surburb di www.realestate.com.au dan lain2 website seumpamanya. Jika jumpa yang bersesuaian, hantar e-mail kepada agen dan tunggu agen hubungi untuk menetapkan appointment view rumah. Jika berpuas hati, boleh mengisi borang booking dan hantar kepada agen di pejabat mereka dengan dokumen sokongan. Di sini, booking tidak boleh dibuat bagi pihak orang lain maka kita kena sampai dulu di sini baru boleh cari rumah. Jadi, kepada yang baru sampai, memang dah jadi lumrah menumpang 2-3 minggu di rumah rakan dahulu sebelum dapat rumah sendiri..

Monday, November 10, 2008

Syukri Berpindah


Pada 7 Nov yang lalu, Syukri dan Ida telah berjaya mendapatkan rumah mereka di Kewdale berdekatan dengan Australian Islamic College (AIC). Untuk memudahkan perpindahan mereka dari rumah Man Cyam itu, kami telah menyewa "ntah apa ntah namanya" yang ditarik menggunakan kereta sport warna merahku.. Tengok tu, memang tidak syak lagi kereta itu lebih baik dari kereta pak-pak arab di UUM.. hahaha..


Dari apa yang saya lihat, kehidupan di Perth ini banyak yang dibuat sendiri berbanding diupah. Ini kerana, bayaran upah adalah sangat mahal di sini menyebabkan penduduk terdorong untuk melakukan kerja-kerja tertentu sendiri (Do It Yourself). Ini termasuk memotong rumput, pindah rumah, membaiki rumah, membaiki kereta dan sebagainya. Dari segi peralatan, sangat mudah untuk didapati dan murah pula. Contohnya ialah seperti Bunning Warehouse. Di situ anda boleh mendapati segala macam tools dan apa sahaja peralatan pertukangan. Apa sahaja yang ada di rumah anda, pasti alat gantinya boleh dicari di situ. Cuma yang tinggal ialah samada anda rajin atau tidak untuk membuatnya.

Picnic


Pada 1 Nov yang lepas, Saudara Man Cyam telah mengadakan picnic di rumah beliau. Menu makanan antaranya ialah ikan, udang, sotong yang semuanya dibakar.. perrhh.. mmg sedap. Semuanya fresh belaka dan murah pula..


Antara yang hadir ialah Abg Kiwa, Syukri dan family (memang dah ada di rumah tu), Abg Syam UPSI, Kak Niza dan keluarga, Kak Ana dan keluarga dan beberapa rakan lain (lupa lar pulak..)

Tuesday, November 4, 2008

My Office


Di Murdoch University, semua pelajar PHD dan DIT diberi bilik pejabat yang dikongsi seramai 3 orang sebilik. Saya berkongsi dengan 2 orang lagi pelajar DIT dari Thailand. Baru sebentar tadi berjumpa mereka dan masih belum menghafal nama2 mereka. Buat masa ini mereka sedang mengikuti kursus Bahasa Inggeris sebelum dibenarkan mengikuti program DIT di Murdoch pada bulan Februari 2009. Selain bilik, saya juga mendapat kemudahan mencetak ke mesin (network photocopier) yang diletakkan di luar bilik. Secara umumnya, kemudahan yang disediakan agak memadai kecuali saya mengharapkan sebuah desktop PC di pejabat ini. Namun menurut Administration Assistant Mrs Rosie Price, desktop PC hanya akan dibekalkan pada tahun hadapan...


Monday, November 3, 2008

Seminggu Bukan Sebulan



Pada 27 Oktober 2008, saya telah berpindah ke East Victoria Park dan menyewa bilik. Rumah tersebut adalah rumah yang disewa oleh Kak Ijan UUM (TQ Kak Ijan) tetapi telah pulang ke Malaysia baru-baru ini. Di rumah tersebut saya tinggal bersama-sama Saudara IjatUUM di mana kami adalah 2 orang anak muda (peeewwiiittt..) yang meninggalkan keluarga untuk menimba ilmu di negara orang...

Kepada yang datang solo untuk belajar di WA ni, saya rasa yang paling sesuai ialah dengan menyewa bilik. Memandangkan elaun yang kita dapat tu tidak termasuk elaun keluarga (sebab belum bawak keluarga), maka sewa bilik adalah the best option. Untuk pengetahuan, sewa rumah adalah agak mahal di WA ni. Itu belum masuk bond lagi, deposit lagi, utilities lagi.. lepas tu kena ada peralatan dan perkakasan asas... Sewa bilik ni secara umum lebih kurang dalam AUD150 seminggu.... ya... SEMINGGU!!! BUKAN SEBULAN....

Kereta Sport Warna Merah


Oleh kerana kereta memang penting untuk memudahkan pergerakan, maka saya memang berhajat untuk membeli kereta apabila sampai di Perth ni. Kebetulan pulak, Kak Yuss (lecturer di CAS, UUM juga) akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi dan berhajat menjual keretanya...


Maka, setelah berbincang dengan beberapa rakan, maka saya mengambil keputusan untuk membeli kereta tersebut dengan harga AUD1300.00..

Maka, bermula pada 27 Oktober 2008, saya mempunyai sebuah kereta untuk kegunaan di Perth ini yang diberi nama "Kereta Sport Warna Merah"..

25 Oktober 2008

Al-kisah bermula pada 25 Oktober 2008 hari Sabtu jam 9.40am, saya telah menaiki pesawat MH125 (Malaysia Airline) ke Perth. Semua ahli keluarga datang menghantar ke KLIA termasuk Abah, Along Ja, Harris dan Mamak Imi turut hadir. Syahdu meninggalkan anak dan isteri tetapi saya kuatkan semangat demi cita-cita saya dan untuk negara dan anak bangsa.

Saya terlewat untuk check in kerana sungguh ramai orang beratur. Dipendekkan cerita, semuanya kelam kabut sehingga gambar keluarga di KLIA pun tidak sempat diambil. Luggage pulak terlebih 8kg menyebabkan saya terpaksa membayar RM500++!! Jadi, make sure kalau nak ke luar negara dengan luggage yang berat, timbang dulu.. Ikutkan, luggage yang dibenarkan untuk check in ialah 20kg. Tetapi kalau lebih 5kg lagi still ok. Tapi kalau lebih dari itu, maka extra charge akan dikira dari lebihan 20kg..

MH125 selamat mendarat di Perth International Airport tepat jam 3.00pm. Proses imigresen dan kastam berjalan lancar tanpa sekatan. Nasihat saya, tak payah lar bawak banyak sangat barang-barang mentah yang mungkin menyebabkan anda sukar untuk melepasi pemeriksaan kastam.. Bak kata Man Cyam (nanti saya cerita siapa dia), segala2nya ada di Perth kecuali mak bapak jer tiada... hehehe.. memang padu sungguh ayat Man ni..

Tepat jam 4.00 pm saya telah mula berjalan keluar dari airport. Di luar, Saudara Shahrol Azman a.k.a Man Cyam telah menunggu. Bersalam bertanya khabar lebih kurang.. Man terus membawa saya ke rumah beliau di Robert Street, Como. Cantik rumah Man ni.. Di dalam rumah pon kemas.. Rajin Hani (isteri Man) mengemas rumah walaupun sibuk dengan 2 putera dan pengajian PHD beliau di Curtin University. Saya menumpang rumah Man di dari 25 Okt hingga 27 Okt 2008. Memang banyak jasa diorang ni pada saya.. Adat orang merantau, kena bantu membantu. Mungkin selepas ini masa saya pulak..

Sekian al-kisah 25 Oktober 2008!

First Post

Salam,

Blog ini telah lama saya rancang tetapi dari hari ke sehari, tiada kesempatan ruang dan masa. Cuma bila telah berada di Australia ni baru berkesempatan untuk membuka akaun blog dan insyaallah akan cuba mengisi blog ini dengan pengalaman baru saya ketika di Australia untuk tatapan semua. Niat saya ialah untuk merekodkan peristiwa penting yg saya lalui di sini untuk menjadi panduan kepada sesiapa yang mungkin akan melaluinya. Di samping itu, ianya juga akan menjadi album kisah hidup seorang anak muda (peewwwiitttt) yang menimba ilmu di negara orang..