Tuesday, January 27, 2009

Australian Day 2009

Semalam iaitu 26 Jan 2009, warga Australia menyambut Australian Day atau juga dikenali sebagai Foundation Day. Dipetik dari Wikipedia, ianya sebagai memperingati kedatangan 11 kapal British pada 1787 untuk membentuk koloni Eropah yang pertama di New South Wales.



Semalam saya dan Chareen menyertai ratusan ribu warga WA meraikan Australian Day di mana sambutan di WA berpusat di Riverside, Perth. Lagi kisah kami di blog Chareen..


Apa yang ingin ditambah ialah tentang persiapan dan kelengkapan yang perlu ada jika anda ingin turut serta dalam sambutan ini pada tahun akan datang:


1) Bawa makanan, minuman dan kudapan. Menunggu dari jam 3 hingga 9 malam tanpa makanan yang mencukupi adalah terseksa.

2) Bawa kerusi picnic untuk diduduki. Bawa juga tikar untuk anda berbaring jika penat duduk. Jika tidak anda mungkin akan sakit pinggang dan juga bahagian punggung.

3) Bawa selimut atau baju sejuk. Ini kerana, angin dari Sungai Swan bertiup sejuk terutama di sebelah petang dan malam. Semalam, saya terketar2 menahan kesejukan... balik rumah rasa macam nak demam..
4) Bawa bateri camera lebih. Kalau ada extra SD card elok dibawa bersama.

5) Jgn lupa bawa sun protector.

6) Kalau anda ada artikel untuk dibaca, eloklah dibawa.. walaupun kebarangkalian untuk dibaca adalah sangat tipis..

7) Jika ada anak kecil, elok juga bawa khemah. Bawa troli untuk memudahkan anda mengangkut semua peralatan tadi kerana anda mungkin perlu berjalan 2km dari tempat meletak kenderaan yang terdekat.


Aussie..Aussie..Aussie Oi..Oi..Oi..!

Saturday, January 10, 2009

Cooking






Di Perth, makan di kedai adalah mahal. Jika asyik makan diluar, kemungkinan duit elaun yang diperolehi tidak mencukupi dan anda akan selalu kelaparan.. Maka, memasak sendiri di rumah adalah yang terbaik. Bahan-bahan mentah murah dan mudah didapati. Ini termasuk rempah ratus dan ayam serta daging halal. Yang akan menjadi masalah ialah jika anda tidak tahu memasak seperti SAYA!

Tetapi saya bernasib baik rakan serumah saya pandai memasak. LEGA! Tidak sia2 dia berguru dengan Chef Kamarul satu ketika dahulu iaitu semasa menjadi rakan serumah di Brisbane..

Jadi, semenjak perpindah ke Iandra Loop ini, saya telah mula belajar memasak dari Chareen. Dan hari ini saya diamanahkan untuk menyediakan lauk Ayam Masak Merah. Dan Chareen sendiri menyediakan Nasi Lemak. Resepi diperolehi dari http://cookingismypassion.blogspot.com/2006/04/ayam-masak-merah.html. TQ Su Yin.

Maka, saya persembahkan hasilnya.. Pergghhhh.... Jangan jealous..

Thursday, January 8, 2009

House Inspection on 6 Jan 2009


Apabila anda menyewa rumah di WA ini, anda perlu bersedia menerima lawatan dari agen rumah anda untuk melihat samada anda telah menjaga rumah tersebut dengan baik atau tidak. Lawatan pertama adalah pada bulan kedua dan selepas itu setiap 6 bulan. Jika anda tiada di rumah, agen boleh masuk menggunakan kunci pendua. Ini termaktub dalam akta yang melindungi agen dari sebarang tindakan undang2.


Saya dan housemate Chareen telah bersiap sedia beberapa hari sebelum itu untuk memastikan rumah bersih dari sebarang komen.. Hasilnya, agen sangat berpuas hati... Sesungguhnya kami berdua memang lelaki yang mementingkan kekemasan dan kebersihan rumah..


Kereta kesayanganku dijual pada 5 Jan 2009.. Sedihnya..



R.I.P

KBE2300 @ KBE23

11 March 2004 -5 Januari 2009

Family Trip Ke Genting Highland on 4 Dec 2008




Shopping peralatan rumah













Sebelum saya balik ke Malaysia pada awal Disember yang lepas, saya sempat "shopping" beberapa peralatan rumah seperti TV (3 biji kesemuanya), vacum cleaner, rak tv, tilam single dan tilam queen beserta platform serta beberapa perkakasan kecil di sekitar Willetton... Kesemua peralatan ini kami "beli" dengan peluh dan keringat serta kos minyak kereta sebanyak lebih kurang AUD10.. Memang menguntungkan kerana dengan modal yang sangat sedikit, rumah kami telah lengkap dengan keperluan asas. Mesin basuh, peti ais, microwave, rice cooker, meja makan dan meja study telah dibeli dari rakan2 Malaysia yang telah menamatkan pengajian di sini..