Wednesday, July 15, 2009

MyPSA

Alhamdulillah MyPSA berjaya menganjurkan beberapa aktiviti bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim dan juga membari pendedahan kepada pelajar2 baru tentang dunia PhD. Antara aktiviti tersebut ialah Academic Coffea Session di Edith Cowan University, Royal Rumble Soccer Match dan Jom Bowling!





Yusni was here in Perth last June

Sorry lama tak update blog ini oleh kerana tersangatlah busy.. Banyak benda lar nak diupdate tetapi memadailah hanya untuk yang penting2 sahaja.


Cuti sekolah baru2 ni, Yusni telah datang ke Perth selama 10 hari iaitu bermula 2 - 12 Jun. Anak2 yg sulung tinggal bersama Atok dan Opah di Ipoh manakala yang bongsu tinggal bersama Mak Tok di Alor Star.


Selama 10 hari di sini, saya berkesempatan membawa Yusni berjalan2 melawat tempat2 menarik di WA seperti Bibra Lake, Harbour Town, Hay St, Eye of Perth, Mandurah, Sunday Market, King's Park, Frementle and Caversham.




Tahun depan Insyaallah Yusni dan anak2 akan berpindah ke sini menemani saya selama 2 tahun..


Yahooooo..

Wednesday, May 13, 2009

Sedia Berkhidmat!

Walaupun cuba menyembunyikan diri, namun saya tetap gagal untuk tidak terlibat dengan mana2 persatuan... namun, apabila dilantik, saya anggap itu sebagai amanah dan juga sebahagian kerja amal saya.

Baru-baru ini saya telah dilantik sebagai salah seorang exco Persatuan Pelajar Siswazah Malaysia di sini (Malaysian Postgraduate Students' Association of Western Australia - MyPSA WA www.mypsa-wa.org). Selain daripada itu, di Murdoch Universiti saya juga terlibat dalam IEEE Student Branch. IEEE SB ini adalah merupakan kumpulan pelajar yang berminat dalam bidang teknologi dan menjadi ahli IEEE (www.ieee.org). Setakat ini, kami telah terlibat membantu IEEE WA Chapter menganjurkan seminar berkaitan teknologi tanpa wayar dan juga seminar bersempena sambutan ulangtahun ke-125 IEEE yang disampaikan oleh Dr Kenneth Chern, Consul General of USA.

Saturday, April 4, 2009

Sunday, March 29, 2009

Cycling

Hobi terbaru saya di sini ialah menunggang basikal. Ketika membuat PhD ni adakalanya saya sangat tertekan.. terutama apabila akan bertemu Svs untuk melaporkan kemajuan penyelidikan.
Jadi saya membuat keputusan untuk menjadikan hobi berbasikal sebagai cara melepaskan tekanan. Dulu semasa bersekolah, saya berbasikal setiap hari untuk ke sekolah yang jauhnya sekitar 12km dari Tasek ke Jalan Hospital. Kenangan2 lama berbasikal bersama rakan2 masih segar di ingatan.

Saya bersama housemate telah ke Sunday Market Belmont Forum pada pagi tadi untuk mencari basikal2 kami. Saya memilih basikal Giant Sedona AX terpakai berharga AUD80. Untuk spec penuh dan harga pasaran, sila ke laman web Giant. Keadaan masih baik dan saya sangat berpuas hati dengan pembelian ini.



Saya juga telah membeli bicycle carrier untuk memudahkan kami mengangkut basikal2 kami.





Beberapa peralatan yang akan dibeli selepas ini ialah seperti glove, cermin mata, lock dan botol minuman. Untuk makluman, berbasikal di Perth adalah selamat berbanding di Malaysia dengan lorong khas untuk penunggang basikal disediakan di hampir kebanyakan tempat. Selain itu, penunggang basikal diberi keutamaan oleh pemandu2 kenderaan besar sama seperti pejalan kaki. Penunggang basikal juga diwajibkan memakai helmet dan kasut untuk keselamatan ketika menunggang.






Dan selepas ini, maka bermulalah penjelajahan kami di bumi Perth ini bersama basikal2 kami yang dikenali sebagai Belum - Le Tua D Perth..

Monday, February 16, 2009

Do It Yourself

Di Perth, labor charge adalah mahal.. jadi seboleh-bolehnya cuba buat sendiri selagi termampu. Ini termasuk memotong rambut, memesin rumput, memasak, dan macam-macam "me" lagi termasuk menyelenggara kenderaan.


Oleh kerana sudah tiba masa untuk kereta saya diselenggara atau diservis, maka saya telah membuat keputusan untuk melakukannya sendiri. Saya telah ke Super Cheap di Albany Hwy untuk mendapatkan spare-part dan tools yg diperlukan.






Jadi, kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menukar minyak enjin dan oil filter sendiri. Selain itu juga, oleh kerana kereta buruk saya ini perlu dicat di bahagian belakang body, maka saya juga telah melakukannya sendiri. Walaupun tidak sebaik kualiti cat di kedai, tapi saya, saya berpuas hati dengan hasilnya.. masih perlu di touch-up... color lari sedikit... huhuhu..


Saya juga bercadang untuk membawa balik tools untuk mini workshop saya kelak. Ini termasuk air compressor untuk kegunaan mencuci, degreaser dan mengecat, auto tools, air impack wrench, air spray gun, body work kit, jack, car ramp dan lain2..



Tuesday, January 27, 2009

Australian Day 2009

Semalam iaitu 26 Jan 2009, warga Australia menyambut Australian Day atau juga dikenali sebagai Foundation Day. Dipetik dari Wikipedia, ianya sebagai memperingati kedatangan 11 kapal British pada 1787 untuk membentuk koloni Eropah yang pertama di New South Wales.



Semalam saya dan Chareen menyertai ratusan ribu warga WA meraikan Australian Day di mana sambutan di WA berpusat di Riverside, Perth. Lagi kisah kami di blog Chareen..


Apa yang ingin ditambah ialah tentang persiapan dan kelengkapan yang perlu ada jika anda ingin turut serta dalam sambutan ini pada tahun akan datang:


1) Bawa makanan, minuman dan kudapan. Menunggu dari jam 3 hingga 9 malam tanpa makanan yang mencukupi adalah terseksa.

2) Bawa kerusi picnic untuk diduduki. Bawa juga tikar untuk anda berbaring jika penat duduk. Jika tidak anda mungkin akan sakit pinggang dan juga bahagian punggung.

3) Bawa selimut atau baju sejuk. Ini kerana, angin dari Sungai Swan bertiup sejuk terutama di sebelah petang dan malam. Semalam, saya terketar2 menahan kesejukan... balik rumah rasa macam nak demam..
4) Bawa bateri camera lebih. Kalau ada extra SD card elok dibawa bersama.

5) Jgn lupa bawa sun protector.

6) Kalau anda ada artikel untuk dibaca, eloklah dibawa.. walaupun kebarangkalian untuk dibaca adalah sangat tipis..

7) Jika ada anak kecil, elok juga bawa khemah. Bawa troli untuk memudahkan anda mengangkut semua peralatan tadi kerana anda mungkin perlu berjalan 2km dari tempat meletak kenderaan yang terdekat.


Aussie..Aussie..Aussie Oi..Oi..Oi..!

Saturday, January 10, 2009

Cooking






Di Perth, makan di kedai adalah mahal. Jika asyik makan diluar, kemungkinan duit elaun yang diperolehi tidak mencukupi dan anda akan selalu kelaparan.. Maka, memasak sendiri di rumah adalah yang terbaik. Bahan-bahan mentah murah dan mudah didapati. Ini termasuk rempah ratus dan ayam serta daging halal. Yang akan menjadi masalah ialah jika anda tidak tahu memasak seperti SAYA!

Tetapi saya bernasib baik rakan serumah saya pandai memasak. LEGA! Tidak sia2 dia berguru dengan Chef Kamarul satu ketika dahulu iaitu semasa menjadi rakan serumah di Brisbane..

Jadi, semenjak perpindah ke Iandra Loop ini, saya telah mula belajar memasak dari Chareen. Dan hari ini saya diamanahkan untuk menyediakan lauk Ayam Masak Merah. Dan Chareen sendiri menyediakan Nasi Lemak. Resepi diperolehi dari http://cookingismypassion.blogspot.com/2006/04/ayam-masak-merah.html. TQ Su Yin.

Maka, saya persembahkan hasilnya.. Pergghhhh.... Jangan jealous..

Thursday, January 8, 2009

House Inspection on 6 Jan 2009


Apabila anda menyewa rumah di WA ini, anda perlu bersedia menerima lawatan dari agen rumah anda untuk melihat samada anda telah menjaga rumah tersebut dengan baik atau tidak. Lawatan pertama adalah pada bulan kedua dan selepas itu setiap 6 bulan. Jika anda tiada di rumah, agen boleh masuk menggunakan kunci pendua. Ini termaktub dalam akta yang melindungi agen dari sebarang tindakan undang2.


Saya dan housemate Chareen telah bersiap sedia beberapa hari sebelum itu untuk memastikan rumah bersih dari sebarang komen.. Hasilnya, agen sangat berpuas hati... Sesungguhnya kami berdua memang lelaki yang mementingkan kekemasan dan kebersihan rumah..


Kereta kesayanganku dijual pada 5 Jan 2009.. Sedihnya..



R.I.P

KBE2300 @ KBE23

11 March 2004 -5 Januari 2009

Family Trip Ke Genting Highland on 4 Dec 2008




Shopping peralatan rumah













Sebelum saya balik ke Malaysia pada awal Disember yang lepas, saya sempat "shopping" beberapa peralatan rumah seperti TV (3 biji kesemuanya), vacum cleaner, rak tv, tilam single dan tilam queen beserta platform serta beberapa perkakasan kecil di sekitar Willetton... Kesemua peralatan ini kami "beli" dengan peluh dan keringat serta kos minyak kereta sebanyak lebih kurang AUD10.. Memang menguntungkan kerana dengan modal yang sangat sedikit, rumah kami telah lengkap dengan keperluan asas. Mesin basuh, peti ais, microwave, rice cooker, meja makan dan meja study telah dibeli dari rakan2 Malaysia yang telah menamatkan pengajian di sini..