Monday, November 3, 2008

25 Oktober 2008

Al-kisah bermula pada 25 Oktober 2008 hari Sabtu jam 9.40am, saya telah menaiki pesawat MH125 (Malaysia Airline) ke Perth. Semua ahli keluarga datang menghantar ke KLIA termasuk Abah, Along Ja, Harris dan Mamak Imi turut hadir. Syahdu meninggalkan anak dan isteri tetapi saya kuatkan semangat demi cita-cita saya dan untuk negara dan anak bangsa.

Saya terlewat untuk check in kerana sungguh ramai orang beratur. Dipendekkan cerita, semuanya kelam kabut sehingga gambar keluarga di KLIA pun tidak sempat diambil. Luggage pulak terlebih 8kg menyebabkan saya terpaksa membayar RM500++!! Jadi, make sure kalau nak ke luar negara dengan luggage yang berat, timbang dulu.. Ikutkan, luggage yang dibenarkan untuk check in ialah 20kg. Tetapi kalau lebih 5kg lagi still ok. Tapi kalau lebih dari itu, maka extra charge akan dikira dari lebihan 20kg..

MH125 selamat mendarat di Perth International Airport tepat jam 3.00pm. Proses imigresen dan kastam berjalan lancar tanpa sekatan. Nasihat saya, tak payah lar bawak banyak sangat barang-barang mentah yang mungkin menyebabkan anda sukar untuk melepasi pemeriksaan kastam.. Bak kata Man Cyam (nanti saya cerita siapa dia), segala2nya ada di Perth kecuali mak bapak jer tiada... hehehe.. memang padu sungguh ayat Man ni..

Tepat jam 4.00 pm saya telah mula berjalan keluar dari airport. Di luar, Saudara Shahrol Azman a.k.a Man Cyam telah menunggu. Bersalam bertanya khabar lebih kurang.. Man terus membawa saya ke rumah beliau di Robert Street, Como. Cantik rumah Man ni.. Di dalam rumah pon kemas.. Rajin Hani (isteri Man) mengemas rumah walaupun sibuk dengan 2 putera dan pengajian PHD beliau di Curtin University. Saya menumpang rumah Man di dari 25 Okt hingga 27 Okt 2008. Memang banyak jasa diorang ni pada saya.. Adat orang merantau, kena bantu membantu. Mungkin selepas ini masa saya pulak..

Sekian al-kisah 25 Oktober 2008!

1 comment:

sue said...

"Syahdu meninggalkan anak dan isteri tetapi saya kuatkan semangat demi cita-cita saya dan untuk negara dan anak bangsa."=== sdh nye ayt....