Apabila anda menyewa rumah di WA ini, anda perlu bersedia menerima lawatan dari agen rumah anda untuk melihat samada anda telah menjaga rumah tersebut dengan baik atau tidak. Lawatan pertama adalah pada bulan kedua dan selepas itu setiap 6 bulan. Jika anda tiada di rumah, agen boleh masuk menggunakan kunci pendua. Ini termaktub dalam akta yang melindungi agen dari sebarang tindakan undang2.
Saya dan housemate Chareen telah bersiap sedia beberapa hari sebelum itu untuk memastikan rumah bersih dari sebarang komen.. Hasilnya, agen sangat berpuas hati... Sesungguhnya kami berdua memang lelaki yang mementingkan kekemasan dan kebersihan rumah..
No comments:
Post a Comment